Wednesday, January 25, 2012

Bangunan saya berlantai 4. Pintu pada lantai berapa yang baik untuk memancing burung walit?

Apabila kita berkunjung ke daerah pusat burung walit di pulau jawa, model bangunan bangunan walit yang terlihat iaitu bangunan bertingkat dengan ukuran besar, yang pada bahagian tingkat atas, terdapat bangunan lebih kecil yang disebut rumah monyet. Ruamah monyet ini ada yang posisinya di tengah ada pula yang dipinggir. Pada rumah monyet ini terdapat lubang untuk keluar masuk burung walit. Jumlah lubang sebahagian besar 1 buah, namun ada sebahagian yang lain membuat dua buah lubang. Ukuran lubang burung ini umumnya lebarsekitar 1m x 1m. Pada bangunan tersebut tudak ada lubang masuk di lantai lain, kecuali pada rumah monyet tersebut. Pemilihan lubang pada lantai teratas, disesuaikan dengan kebiasaan walit yang lebih suka terbang tinggi.

Penempatan lubang masuk hanya di rumah moneyt dan bukan di lantai lain, dimaksudkan agar pengaturan cahaya pada lantai-lantai di bawahnya lebih gelap. Dengan model bangunan tersebut, maka ketika burung walit masuk ke rumah walit melalui rumah monyet, burung segera menukik turun ke lantai-lantai di bawahnya yang kondisi suhu-kelembapan cahaya telah diatur sedemikian rupa sesuai dengan habitat burung walit.

Saya memanfaatkan rumah toko untuk memancing walit. Namun posisi toko saya diapit oleh bangunan lain sehingga tidak ada peluang untuk membuat lubang m

Apabila rumah burung walit tersebut terletak di daerah lintasan burung walit, sebenarnya untuk menentukan arah pintu masuk burung faktor penting yang menjadi pertimbangan utama adalah menyesuaikan dengan jalur pulang burung walit. Apabila jalur pulang koloni burung walit dari arah barat ke timur, maka lubang pintu masuk burung sebaiknya menghadap ke barat. Demikian pula bila arah pulang burung dari utara ke selatan, maka sebaiknya menghadap ke barat. Demikian pula bila arah pulang dari utara ke selatan, maka sebaiknya penentuan arah pintu menghadap ke utara. Ini dimaksudkan agar proses pemancingan dengan menyembunyikan rakaman suara yang sedang terbang melintas hendak pulang ke rumah asal.
Adapun bila pintu menghadap ke barat, masalah yang dihadapi adalah masuknya sinar matahari petang hari, dan menyebabkan suhu dalam rumah naik. Namun masalah itu sebenarnya dapat diselesaikan dengan membuat sekatan atau membahagi ruang. Dengan demikian, sinar matahari petang hari hanya menerangi bahagian rooving room sahaja. Sedang ruang nesting room, tetap remang atau gelap. Pada rekabentuk rumah walit model Medan dimana pintu masuk utama burung berada di atas bangunan yang disebut rumah monyet, maka arah pintu dapat bebas menghadap kemana sahaja. Sebab ruang yang terang hanyalah di ruang rumah monyet tersebut, sedang ruang lain iaitu lantai-lantai di bawahnya relatif gelap. Kerana itu bangunan burung walit yang memanfaatkan rumah toko akan lebih praktikal dengan cara menambah rumah monyet di atap bangunan tersebut. Rumah monyet ini cukup berukuran sekitar 3m x 3m, dengan tinggi sekitar 2m. Tidak perlu dipasang papan sirip tempat ini. Kerana fungsinya hanya untuk akses bagi burung walit masuk ke ruang bawah yang ukuranya lebih luas dan lebih gelap.

Berapakah jumlah pintu / lubang masuk burung dan berapa ukuran sebenar pada awal proses pemancingan?

Dalam proses pemancingan, sebaiknya menggunakan satu lubang pintu sahaja. Ini bertujuan agar burung walit fokus kepada satu lubang masuk sahaja. Selain itu, terdapatnya lebih dari satu lubang pintu, dapat meransang burung walit untuk keluar dari pintu yang lain. Apatah lagi apabila jarak antara pintu ini berdekatan, tentu akan menghambat proses adaptasi. Apa yang terlihat, burung walit masuk daripada satu lubang dan segera keluar daripada lubnag yang lain. Apabila ini selalu terjadi, bagaimana mungkin burung walit akan melalui proses adaptasi rumah walit secara baik. Bahkan proses adaptasi ini mungkin tidak akan pernah terjadi.


Mengenai ukuran lubang pintu, semakin lebar ukuran pintu contohnya 1m x 1.5m tentu akan semakin baik. Dalam erti kata lain, burung walit akan lebih berani untuk memasuki rumah walit. Dengan sebab ukuran pintu yang lebar ini, burung walit dapat masuk secara bebas dan bersama-sama. Sedangkan jika ukuran pintu yang sempit, kadang-kadang membuatkan burung walit harus nampak berulang kali masuk, kerana harus menyesuaikan terlebih dahulu dengan ukuran pintu yang relatif sempit itu. Yang lebih penting dalam menentukan ukuran pintu masuk adalah harus disesuaikan dengan keluasan rumah walit. Disebabkan ukuran pintu juga berkaitan lansung dengan pengaturan cahaya yang masuk ke dalam rumah walit. Ukuran pintu yang normal pada awal proses pemancingan, dalam erti tidak terlalu besar juga tidak terlalu sempit, perlu menggunakan ukuran standard iaitu 40 cm x 60 cm.

Dengan ukuran pintu seperti ini, burung tidak terlalu takut untuk mencuba masuk. Burung walit juga dapat masuk 3 hingga 4 ekor sekaligus. Ukuran pintu yang tidak terlalu besar ini juga akan memudahkan dalam pengaturan cahaya dalam rumah burung walit.

Saya telah menggunakan suara rakaman selama 4 bulan, dan beberapa ekor burung walit telah keluar masuk dalam rumah burung walit, tetapi mengapa belum

Pertama:
Koloni walit yang telah keluar masuk didalam rumah burung sedang berada di tahap adaptasi. Proses ini kadang kala memakan masa yang lama bahkan sehingga memakan masa setahun. Ini bergantung kepada keadaan psikologi burung walit. Ini bermaksud ada burung walit yang berani dan segera dapat menyesuaikan dengan rumah walit baru. Terdapat juga burung walit yang penakut sehingga proses adaptasinya memerlukan waktu yang agak lama. Kadang-kadang, terjadi pula selama proses adaptasi ini, burung walit yang datang ke dalam rumah burung walit terdiri daripada koloni burung walit yang berbeza-beza.

Contohnya, dalam dua bulan yang pertama terdiri daripada koloni walit dari kumpulan A. Namun desebabkan oleh faktor tertentu, koloni walit ini menunda niatnya untuk membuat sarang di dalam rumah tersebut. Kemudian bulan yang berikutnya disusuli oleh koloni burung walit daripada kumpulan B. Koloni walit dari rumah ini juga merasa kurang sesuai untuk menghuni rumah tersebut. Selanjutnya, berganti koloni walit dari kumpulan C, yang akhirnya setelah melalui proses adaptasi barulah membuat sarang di rumah tersebut. Dari bergantinya kumpulan koloni walit yang datang dan beradaptasi dalam rumah itu, maka masa menunggu bersarangnya walit dalam rumah walit menjadi agak lama.

Kedua:
Koloni walit yang datang ke dalam rumah walit adalah walit yang masih berusia muda yang belum tiba masanya untuk membuat sarang. Walaupun koloni walit muda ini telah menginap di dalam rumah walit, dengan tanda terdapatnya kotoran walit yang menompol di lantai, kerana belum sampai masanya untuk memasuki tempoh membiak, maka burung walit muda ini belum mampu menghasilkan air liur untuk membuat sarang. Atau sebaliknya, iaitu burung walit yang menginap di dalam rumah walit telah tua atau uzur dimana kemampuan menghasilkan air liur sudah habis. Sehingga terjadi terdapat koloni burung walit tua yang hanya menumpang menginap tidur di dalam rumah walit tanpa membuat sarang sambil menunggu ajalnya tiba.

Ketiga:
Disebabkan iklim di dalam rumah walit yang kurang kondusif membuatkan burung walit hanya terus bermain-main keluar masuk dalam rumah walit di siang hari. Sedangkan bila menjelang petang, koloni walit terus pulang ke rumah walit asal. Iklim mikro tersebut iaitu meliputi tingkat suhu dan kelembapan serta intensiti cahaya. Burung walit lebih menyukai ruang yang gelap. Cahaya yang sangat rendah ini indentikal dengan tempat yang tersembunyi. Selama iklim mikro gedung tidak dipenuhi, kemungkinan yang terkadi burung walit hanya keluar-masuk rumah burung tanpa kepastian bersarang di dalamnya.

Keempat:
Kemungkinan yang lain adalah tata ruang dalam rumah walit yang menyulitkan bagi burung walit untuk mengakses masuk ke ruang yang lebih konsusif suhu dan kelembapanya. Ini biasanya terjadi pada rumah walit yang bertingkat 2, tingkat 3 atau tingkat 4, dimana akses bururng walit untuk turun ke lantai bawah sangat sulit melalui lubang void. Lubang naik turun antara lantai ini terlalu sempit ukuranya (misalnya 1m x 1m) atau posisi void yang sulit, membuatkan burung walit hanya berputar-putar di lantai atas atau di roving room dan sulit untuk dapat masuk ke nesting room.


Kelima:
Diperlukan pula disebabkan jenis suara daripada suara rakaman yang diputar iaitu suara panggil sahaja. Disebabkan itu, adalah wajar apabila burung walit hanya datang dan kemudian pergi lagi. Untuk meransang agar burung walit mahu menginap dan segera membuat sarang, biasanya menggunakan jenus suara lain yang disebut suara inap. Selain daripada faktor jenis suara, jam pemutaran suara walit juga sangat penting untuk diperhatikan. Mainkanlah suara rakaman tersebut sekitar pukul 20:00 malam sehingga burung walit akhirnya menginap dalam rumah walit.

Apakah apabila burung walit telah terpancing dan membuat sarang dalam rumah burung, suara rakaman harus dimainkan dan apakah alasanya?

Pemutaran suara inap seharusnya berlanjutan sehingga populasi burung walit yang bersarang di dalam rumah burung cukup banyak. Setelah itu, dilanjutkan dengan pemutaran suara populasi walit. Tujuan pemutaran suara rakaman ini adalah agar populasi walit di dalam rumah burung tersebut bertambah secara pesat. Isi suara rakaman ini berisi campuran aneka suara burung walit yang memberi kesan seolah-ola rumah burung walit tersebut berisi koloni burung walit yang cukup besar. Ini akan meransang walit-walit lain yang belum menghuni rumah burung tertarik untuk datang dan diharapkan segera bergabung di dalamnya.

Di sisi lain mencegah atau mengamankan populasi walit yang telah menghuni rumah walit kabur ke rumah walit lain. Dengan demikian, pemutaran suara walit tetap berlanjutan meskipun populasi walit telah bersarang di dalam rumah walit. Ini perlu dilakukan kerana bukankah rumah walit lain di sekitarnya juga ada yang sedang memancing burung walit dengan aktif memutarkan suara rakaman. Kerana itu, apabila pemutaran suara rakaman dihentikan, adalah berisiko kaburnya walit-walit yang telah menghuni rumah burung walit atau setidak-tidaknya terjadi kelambatan populasi, disebabkan walit-walit muda kabur terpancing ke rumah walit lain yang aktif memutarkan suara rakaman.

Saya memiliki beberapa suara rakaman burung walit yang berlainan. Pada proses awal pemancingan, suara rakaman jenis macamanakah yang sebaiknya saya gu

Pertamanya, apa yang paling penting adalah kualiti rakaman suara burung walit. Suara rakaman yang berkualiti dengan penggunaan tweeter yang tepat akan memancarkan gelombang bunyi yang mirip dengan suara asli burung walit. Hal ini berkaitan lansung dengan kekuatan daya panggil. Semakin bersih suara rakaman semakin bagus tindakbalas daripada burung walit. Setelah yakin bahawa kualiti suara rakaman adalah bagus, maka teknik penggunaan suara rakaman walit harus melihat kepada situasi dan keaadaan. Penjelasanya adalah seperti berikut:

Suara Rakaman Panggil
Mengandungi suara rakaman burung walit yang sedang memasuki masa kahwin. Masa kahwin ini berlansung pada musim berkembang biak. Burung walit yang melakukan perkahwinan, terdiri daripada burung walit muda mahupun burung walit dewasa. Suara burung walit berahi memang memberikan tindakbalas positif oleh pasangan burung walit. Lazimnya suara rakaman ini dipanggil suara panggil. Apabila suara rakaman ini dimainkan, maka akan kelihatan beberapa ekor burung walit segera mendekati dan menempel di sekitar tweeter.

Terdapat dua analisa daripada perilaku burung walit jantan ini, iaitu jantan menyangka bahawa tweeter adalah walit jantan lain yang menjadi persainganya yang menentang dan berkelahi. Analisa keduanya adalah, perilaku burung walit betina yang kelihatan, iaitu menempel di papan sirip yang tidak jauh daripada tweeter tersebut. Kedua sayap burung walit betina akan kelihatan bergerak-gerak sambil ekornya diangkat ke atas. Perilaku ini menggambarkan sebagai respon positif burung walit betina yang bersedia untuk di ajak berkahwin. Fenomena ini datangnya daripada burung walit kerana bunyi suara rakaman ini berlansung beberapa minggu bahkan beberapa bulan. Burung walit selalu datang apabila bunyi suara rakaman itu dimainkan, baik pagi mahupun petang hari. Namun menjelang petang hari, koloni burung walit ini akan pulang kembali ke rumah asal. Supaya koloni burung walit menetap dan segera menginap, maka langkah seterusnya adalah dengan memutarkan suara inap.

Suara Inap:

Suara ini berisi rakaman suara populasi burung walit dengan suara latar anak burung walit dan suara ibu walit yang sedang menyuap anaknya. Penggunaan suara ini bertujuan untuk meransang tumbuhnya naluri sebagai ibu sehingga pasangan walit tersebut segera membuat sarang untuk mengawan. Langkah untuk mempercepatkan pasangan walit agar segera menginap di dalam rumah burung walit tersebut juga dapat dibantu dengan tersedianya sarang-sarang palsu yang dipasang di sekitar tweeter. Dengan demikian, pasanagn burung walit tidak perlu membangun sarang dari awal, namun dapat segera menggunakan sarang palsu tersebut dan hanya menampalkan air liurnya pada bahagian bibir sarang palsu itu.

Berapa lamakah biasanya burung walit akan terpancing masuk ke rumah burung walit akibat pengaruh suara rakaman?

Fakta di lapangan menunjukan bahawa pemancingan burung walit dengan suara rakaman cukup efektif dengan waktu yang tidak terlalu lama. Rata-rata dalam setahun proses pemancingan, burung walit telah bersarang di dalam rumah burung walit. Kadang-kadang terjadi hanya dalam waktu tiga bulan, burung walit telah menetap di dalam rumah burung yang baru dan mulai membuat sarangnya. Kecepatan proses pemancingan tersebut dipengaruhhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah faktor musim membiak, faktor renovasi rumah burung walit, faktor gagal putar telur dan lain-lain. Penjelasanya adalah seperti berikut:

Faktor Musim Membiak

Pada musim berkembang biak jumlah populasi burung walit jelas akan bertambah banyak. Pada sesebuah rumah burung walit, secara umumnya koloni burung walit akan bersarang secara berkumpulan di ruangan tertentu. Pada musim berkembang biak ini, biasanya akan terjadi pemerataan populasi burung walit di ruangan lain yang masih kosong di dalam gedung yang sama. Apabila sesebuah rumah burung walit yang populasi burung walitnya sudah padat di setiap ruang, sebahagian besar burung walit akan tetap cenderung bersarang di dalam rumah walit tersebut meskipun tidak di papan sirip, tetapi bersarang di dinding atau di langit-langit plafon. Sementara itu, sebahagian burung walit yang lain memilih untuk berpindah ke rumah burung walit lain. Rumah burung walit yang tidak jauh dari rumah asal akan dipilih burung walit untuk bersarang, terutamanya rumah walit yang aktif memancing dan membunyikan suara rakaman walit.

Faktor Renovasi Gedung


Pekerjaan merenovasi rumah burung wallit yang didalamnya sudah terdapat populasi burung walitm seringkali berpotensi mengusir sebahagian burung walit yang berumur muda. Apabila pekerjaan tersebut dilakukan oleh tenaga menggema dalam rumah walit sahaja. Hal ini tentu tidak didengar oleh burung walit. Kalau toh burung walit yang melintas rumah walit mendengar suara tersebut, burung walit kesulitan mendekati ke sumber suara. Sebab lubang-lubang masuk yang ada pada rumah burung walit, sama sekali belum pernah dikenali. Ini membuatkan burung walit tidak tertarik mencari sumber suara tersebut. Akhirnya burung walit akan terbang menjauh dan tidak akan terbang menjauh dan tidak pernah datang lagi.

Disebabkan itu, agar burung walit mudah bertindak balas secara positiff pada sumber suara. peletakan tweeter harus dipasang di bibir pintu.

Tahap respon burung walit akan kelihatan seperti berikut. Iaitu burung walit yang terbang melintasa atau terbang di sekitar rumah burung walit akan menukik mendekati tweeter. Disebabkan tweeter di pasang di bibir pintu burung, maka burung walit kemudian mencuba masuk ke rumah burung walit lewat pintu tersebut, namun beberapa saat kemudian burung walit keluar lagi.

Perilaku tersebut akan nampak berulang-ulang sebagai bentuk adaptasi burung walit pada sesebuah rumah burung walit. Adaptasi ini berjalan sampai beberapa bulan, sehingga akhirnya burung walit yang merasa sesuai dengan keadaan dalam rumah burung walit dan akhirnya burung walit memutuskan untuk tinggal dan bersarang di dalamnya. Perlu diketahui, bahawa pada proses pemancingan ini, sebaiknya hanya menggunakan sebuah pintu sahaja. Pada pintu ini hanya di pasang 1 buah tweeter. Ini bertujuan supaya kosentarasi burung terfokus pada 1 buah pintu sahaja, sehingga adaptasi yang dilakukan burung walit akan berjalan lebih efektif.