be passion
push yourself into the wall
be clear on what is your barrier
do the best what you can
be prepared
make networking
be yourself
101 Walit
Seribu Satu Persoalan Walit
Sunday, March 11, 2012
Friday, January 27, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Suara rakaman yang saya mainkan segera ditindakbalas secara baik oleh burung walit dan sudah seminggu burung walit ini selalu keluar masuk ke rumah wa
Apa yang sedang terjadi pada rumah walit anda adalah proses memikat burung walit dengan rakaman suara yang sudah menampakan tanda-tanda yang berhasil. Ini ditunjukkan dengan kedatangan burung walit ke dalam rumah walit. Proses ini akan berjalan sebagai bentuk adaptasi walit pada iklim mikro dalam rumah walit. Apabila burung walit merasa serasi dengan keadaan dalam rumah walit, maka tidak lama lagi burung walit akan bersarang di dalamnya. Proses ini kadang-kadang berjalan dengan cepat, namun kadang-kadang memakan masa sehingga setahun. Biarkanlah proses adaptasi ini berjalan secara wajar. Jangan melakukan perkara-perkara yang menganggu proses adaptasi tersebut. Penutupan lubang masuk di petang hari dengan tujuan burung walit menginap di dalam gedung adalah tindakan yang sangat fatal. Disebabkan itu, ianya akan menjadi bomerang dan akan menimbulkan trauma yang membuatkan walit takut untuk datang ke gedung esok harinya. Burung walit akan merasa dipaksa untuk tidur menginap di dalam rumah walit. Oleh itu, buarkanlah proses adaptasi berjalan secara alamiah. Burung walit memiliki waktunya sendiri untuk memutuskan bila proses adaptasi itu selesai dan kemudian dilanjutkan dengan membuat sarang untuk berkembang biak di dalamnya.
Pada kedua sisi lubang burung, terdapat lubang ventilasi udara, bisakah saya memasang tweeter di lubang tersebut?
Pemasangan tweeter tidak dianjurkan di tempat lain, selain di sudut bibir pintu masuk burung. Alasanya adalah memasang tweeter di lubang fntilasi, kerana menganggap burung walit akan takut saat melihat ada benda lain di lubang pintu itu. Anggapan tersebut jelas salah. Sebab burung walit akan mengejar sumber suara kemudian mendekati tweeter. Bahkan burung walit jantan akan menempelkan tubuhnya pada tweeter lalu terlihat mematuk-matuk seolah-olah mengajak bertarung.
Pemasangan tweeter di kedua lubang fentilasi tersebut, memang tetap akan didatangi oleh burung walit. Bagi burung walit jantan ia akan menempel di lubang ventilasi untuk mendekati sumber suara. Kerana sumber suara pada posisi pintu, maka burung walit tidak tengiring memasuki burung walit. Bukankah fungsi penempatan tweeter untuk menjebak agar burung walit memasuki rumah walit? Oleh kerana penempatan tweeter selain di pintu masuk ada cara yang keliru.
Apakah tweeter yang dipasang di bibir pintu tidak membuat burung walit berasa takut.? Sebab apabila diperhatikan, burung walit tidak berani masuk ke l
Ada dua jawapan untuk pertanyaan di atas iaitu:
Pertama, pemasangan tweeter pada bibit lubang pintu sebaiknya pada bahagian sudutnya. Ini dimaksudkan agar lalu lintas keluat masuk burung tidak terganggu atau terhalang kerana adanya tweeter tersebut.
Kedua, ukuran tweeter yang digunakan sebaiknya disesuaikan dengan lebar pintu. Untuk ukuran pintu 40 cm x 60 cm cukup untuk menggunakan tweeter kecil yang berukuran 8 cm x 8cm. Untuk pintu yang lebar dapat menggunakan tweeter yang agak besar berukuran 10 cm x 25 cm.
Ketiga:
Selain disebabkan ada penghalang pada pintu burung, faktor keberanian burung walit masuk pintu juga dipengaruhi oleh proses waktu adaptasi yang sedang berlansung. Ertinya pada 1 sehingga 6 hari pertama adalah wajar apabila burung walit masih agak takut untuk melalui pintu itu. Namun pada hari-hari berikutnya kerana sudah beradaptasi, ketakutan burung walit pun mulai hilang. Ini dapat dilihat dari gerakan trbang burung walit yang sangat cepat ketika memasuki pintu.
Rumah walit saya berukuran 20m x 12m dengan ketinggian 4 lantai berada di daerah pusat burung walit. Lubang pintu setiap lantai sebuah dengan ukuran 5
Memancing burung walit memerlukan ruang yang gelap dan suasana dalam rumah walit yang lebih tenanag. Kerana itu, lubang pintu masuk di setiap lantai akan membuat cahaya menerangi seluruh ruangan. Keadaan ini akan membuatkan burung walit merasa tidak ada tempat untuk bersembunyi. Oleh kerana itu, cukup untuk menggunakan satu pintu burung pada lantai paling atas. Dengan cara tersebut, cahaya pada 3 lantai bawahnya akan lebih rendah. Semakin ke bawah cahaya akan lebih gelap. Keadaan seperti ini akan disukai oleh burung walit. Kerana pintu hanya terdapat sebuah, maka pemasangan tweeter juga cukup sebuah yang dipasang di sudut pintu. Tidak dianjurkan memasang tweeter lain selain di lubang pintu burung. Ini bertujuan agar burung tetap konsisten kepada satu lubang masuk sahaja.
Rumah walit saya terletak di daerah lintasan. Setiap pagi burung akan mencari makan ke arah selatan, dan petang hari burung pulang ke arah utara. Pint
Melihat arah pintu burung yang disesuaikan dengan jalur pulang walit serta ukuran lubang pintu yang dibuat, sebenarnya apa yang dilakukan sudah tepat. Berkenaan dengan kegagalan pemanggilan burung walit, kemungkinan telah terjadi kesalahan sehingga alat panggil itu kurang berfungsi dengan baik. KEmungkinannya adalah seperti berikut:
Volume yang lemah:
volume suara yang keluar dari pembesar suara terlalu lemah sehinggakan burung walit yang melintas tidak mendengar secara jelas suara tersebut. Pada minggu pertama memancing, sebaiknya volume suara lebih kuat dengan maksud agar burung walit yang terbang melintas di sekitar rumah walit akan mendengar suara yang dibunyikan. Ini sebagai tahap pengenalan rumah walit. Apabila burung walit telah mula mengenali rumah, selanjutnya volume suara boleh dikecilkan.
Suara Kurang Bersih:
Kesalahan gagal panggil pula disebabkan oleh hasil rakaman yang kurang jernih. Sehingga suara yang kedengaran jauh daripada mirip suara koloni walit. Kalaupun bernasib bauk ada tindak balas daripada burung walit kerana suara tersebut, sesaat kemudiannya burung walit enggan mendekati sumber suara tersebut. Perkara ini banyak terjadi yang mana seseorang memutarkan suara rakaman dengan kualiti rakaman yang kurang baik.
Jenis Tweeter:
Jenis tweeter yang dipakai jangan asalkan tweeter. Pelbagai jenis dan merk tweeter yang dijual di kenal audio elektronik tidak semuanya sesuai. Contohnya, jenis tweeter yang yang digunakan di kereta bunyi yang dikeluarkan terlalu nyaring sehingga kurang tepat untuk suara burung walit. Gunakanlah tweeter yang biasa dipakai untuk memancing burung walit contohnya merk Motorolla, Audak atau merk DLK. Jenis tweeter ini banyak dijual dipasaran dan umumnya dipakai di rumah walit.
Letak Tweeter:
Harus difahami bahawa penempatan tweeter dapat dibahagikan dalam tiga istilah. Iaitu tweeter panggil, tweeter ruang. Tweeter panggil dipasang di bibir pintu, fungsinya untuk memanggil walit yang berterbangan di sekitar rumah walit. Jumlah tweeter panggil cukup sebuah sahaja dan dipasang di satu pintu masuk lubang burung. Pemasangan tweeter ini harus tepat dalam erti pemancaran gelombang suara dapat menjangkau kawasan yang luas sehingga dapat terdengar secara efektif oleh burung walit yang sedang terbang atau melintas di sekitar rumah walit.
Tweeter ruang, dipasang di bilik-bilik. Pemasangan tweeter ini di sudut-sudut papan sirip. Sebabnya, kerana burung walit akan cenderung menempelkan tubuhnya di sekitar tweeter. Pemasangan tweeter di bawah sirip atau di dinding rumah walit kurang tepat.
Jumlah tweeter ruang ini disesuaikan dengan keluasan bilik. Untuk bilik berukuran 4m x 4m dapat dipasang empat hingga 8 tweeter. Fungsi tweeter ruang adalah agar burung walit yang telah masuk ke rumah walit tertarik mendekati ke sumber suara iaitu di bilik-bilik tersebut. Penempatan tweeter ruang yang kurang tepat dapat mengakibatkan kegagalan memanggil ke dalam bilik-bilik, sehingga burung walit hanya keluar masuk gedung tanpa pernah menginap.
Dua istilah posisi pemasangan tweeter tersebut berhubungsn lansung dengan perilaku walit yang selalu mengejar sumber suara. Apabila tweeter hanya dipasang di dalam bilik, bagaimana mungkin burung walit yang yang berada di luar gedung akan mendengar suara rakaman tersebut?
Sebaliknya bila tweeter hanya dipasang di bibir pintu, walit yang telah masuk akan kembali keluar gedung kerana tidak ada sumber suara yang menariknya ke dalam bilik-bilik. Dengan teknik pemasangan tweeter secara betul, walaupun berada di kawasan lintasan namun dalam masa yang singkat sudah terdapat puluhan sarang burung walit.
Subscribe to:
Posts (Atom)