Melihat arah pintu burung yang disesuaikan dengan jalur pulang walit serta ukuran lubang pintu yang dibuat, sebenarnya apa yang dilakukan sudah tepat. Berkenaan dengan kegagalan pemanggilan burung walit, kemungkinan telah terjadi kesalahan sehingga alat panggil itu kurang berfungsi dengan baik. KEmungkinannya adalah seperti berikut:
Volume yang lemah:
volume suara yang keluar dari pembesar suara terlalu lemah sehinggakan burung walit yang melintas tidak mendengar secara jelas suara tersebut. Pada minggu pertama memancing, sebaiknya volume suara lebih kuat dengan maksud agar burung walit yang terbang melintas di sekitar rumah walit akan mendengar suara yang dibunyikan. Ini sebagai tahap pengenalan rumah walit. Apabila burung walit telah mula mengenali rumah, selanjutnya volume suara boleh dikecilkan.
Suara Kurang Bersih:
Kesalahan gagal panggil pula disebabkan oleh hasil rakaman yang kurang jernih. Sehingga suara yang kedengaran jauh daripada mirip suara koloni walit. Kalaupun bernasib bauk ada tindak balas daripada burung walit kerana suara tersebut, sesaat kemudiannya burung walit enggan mendekati sumber suara tersebut. Perkara ini banyak terjadi yang mana seseorang memutarkan suara rakaman dengan kualiti rakaman yang kurang baik.
Jenis Tweeter:
Jenis tweeter yang dipakai jangan asalkan tweeter. Pelbagai jenis dan merk tweeter yang dijual di kenal audio elektronik tidak semuanya sesuai. Contohnya, jenis tweeter yang yang digunakan di kereta bunyi yang dikeluarkan terlalu nyaring sehingga kurang tepat untuk suara burung walit. Gunakanlah tweeter yang biasa dipakai untuk memancing burung walit contohnya merk Motorolla, Audak atau merk DLK. Jenis tweeter ini banyak dijual dipasaran dan umumnya dipakai di rumah walit.
Letak Tweeter:
Harus difahami bahawa penempatan tweeter dapat dibahagikan dalam tiga istilah. Iaitu tweeter panggil, tweeter ruang. Tweeter panggil dipasang di bibir pintu, fungsinya untuk memanggil walit yang berterbangan di sekitar rumah walit. Jumlah tweeter panggil cukup sebuah sahaja dan dipasang di satu pintu masuk lubang burung. Pemasangan tweeter ini harus tepat dalam erti pemancaran gelombang suara dapat menjangkau kawasan yang luas sehingga dapat terdengar secara efektif oleh burung walit yang sedang terbang atau melintas di sekitar rumah walit.
Tweeter ruang, dipasang di bilik-bilik. Pemasangan tweeter ini di sudut-sudut papan sirip. Sebabnya, kerana burung walit akan cenderung menempelkan tubuhnya di sekitar tweeter. Pemasangan tweeter di bawah sirip atau di dinding rumah walit kurang tepat.
Jumlah tweeter ruang ini disesuaikan dengan keluasan bilik. Untuk bilik berukuran 4m x 4m dapat dipasang empat hingga 8 tweeter. Fungsi tweeter ruang adalah agar burung walit yang telah masuk ke rumah walit tertarik mendekati ke sumber suara iaitu di bilik-bilik tersebut. Penempatan tweeter ruang yang kurang tepat dapat mengakibatkan kegagalan memanggil ke dalam bilik-bilik, sehingga burung walit hanya keluar masuk gedung tanpa pernah menginap.
Dua istilah posisi pemasangan tweeter tersebut berhubungsn lansung dengan perilaku walit yang selalu mengejar sumber suara. Apabila tweeter hanya dipasang di dalam bilik, bagaimana mungkin burung walit yang yang berada di luar gedung akan mendengar suara rakaman tersebut?
Sebaliknya bila tweeter hanya dipasang di bibir pintu, walit yang telah masuk akan kembali keluar gedung kerana tidak ada sumber suara yang menariknya ke dalam bilik-bilik. Dengan teknik pemasangan tweeter secara betul, walaupun berada di kawasan lintasan namun dalam masa yang singkat sudah terdapat puluhan sarang burung walit.
No comments:
Post a Comment