Showing posts with label Intro. Show all posts
Showing posts with label Intro. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Apakah ada jenis tweeter khusus yang baik digunakan dan di mana pemasangan serta berpakah jumlah yang ideal?

Pelbagai jenis tweeter dengan pelbagai bentuk di jual kedai elektronik mahupun di kedai yang menjual peralatan budidaya walit. Suara yang keluar dari pelbagai jenis aneka tweeter turut berbeza bergantung kepada spesifikasi tweeter tersebut.

Masing-masing orang memiliki pengalaman sendiri dalam pemancingan walit, dalam hal ini khususnya pemilihan tweeter yang diguna pakai. Tweeter yang digunakan adalah jenis piezo tweeter iaitu merek Audax atau D.L.K. KP342. Harga tweeter ini ahak murah akan tetapi walaupun harganya murah, namun suara yang dihasilkan dari jenis tweeter tanpa magnet ini lebih mirip seperti saura walit asli. Sekiranya kedua merk ini agak sulit dijumpai di pasaran, bolehlah menggunakan tweeter sejenis dengan spesifikasi seperti berikut, Frekuensi Respon: 3-20 kHz, Sensitiviti : 95 dB (2.83V/1M). Power RMS/MAX : 75/150 Watt Saiz : 3-3/16"x5-2/3".


Adapaun teknik pemasangan tweeter selain satu buah dipasang di atas bibir pintu/lubang masuk burung juga di pasang di sudut papan sirip pada setiap bilik. Arah tweeter ini menghadap ke lubang masuk burung. Ini bertujuan agar setelah burung memasuki rumah burung walit, burung walit akan mudah mendatangi sumber suara lain tweeter di dalam ruang yang gelap. Pemasangan tweeter perlu di sudut papan sirip, atau mengganting di bawah papan sirip, bukan di pasang di sudut dinding di bawah papan sirip. Mengapa? Sebab, burung walit cenderung untuk menempel di tweeter atau di papan sirip berdekatan dengan tweeter. Apabila pemasangan tweeter ini di sudut dinding, walit akan menghadapi kesulitan untuk menempelkan tubuhnya.

Mengenai jumlah tweeter, sebaiknya disesuaikan dengan keluasan gedung rumah walit atau jumlah bilik. Contohnya setiap bilik dipasangkan dengan 1 atau 2 buah tweeter sahaja. Ini dilakukan supaya bunyi suara yang diputarkan tidak terlalu bising atau keras. Jadi apabila sesebuah gedung mempunyai 10 bilik, jumlah tweeter yang digunakan adalah sekitar 40 hingga 50 buah. Alasanya, kerana burung walit cenderung untuk menempel dan bersarang di sekitar tweeter, maka semakin banyak tweeter, maka semakin banyak burung walit yang menempel dan bersarang di dalam gedung.

Benarkah ada suara rakaman walit yang sedang panik/tertekan dan bagaimanakah impaknya apabila rakaman suara tersebut digunakan?

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kualiti rakaman suara walit yang berada dipasaran adalah pelbagai. Semakin canggih teknik rakamanya, maka semakin bagus kualitinya. Sesetengah orang mencuba sendiri merakam dengan alatan rakaman yang sederhana, menghasilkan suara walit yang kurang jernih. Selain itu, pemilihan waktu rakaman harus diberikan perhatian. Jika tidak, justeru yang dirakamkan adalah situasi panik kerana burung walit terkejut melihat ada seseorang memasuki gedung walit untuk merakam suaranya. Lantas, akhirnya yang terakam adalah suara walit yang sedang ketakutan.Impaknya burung walit yang mendengar suara rakaman burung walit yang panik ini bukannya akan datang mendekati tetapi terbang menjauhi rumah walit tersebut.

Jadual Putar Suara Rakaman Suara Walit

Pemutaran suara walit dalam proses pemancingan ada peraturanya iaitu seperti berikut:

Tahap 1 : Awal pemancingan. Suara walit diputar lebih kerap contohnya dari pukul 06:00 sehingga pukul 10:00, kemudian dilanjutkan dari pukul 15:00 sehingga pukul 19:00. Pemutaran suara rakaman ini berlansung sekitar 1 bulan. Ini dimaksudkan untuk memberikan informasi kepada burung walit bahawa ada bangunan rumah walit baru yang layak untuk dihuni. Pada awal proses pemancingan, sebaiknya digunakan suara walit yang berisi campuran aneka suara walit yang menjadi satu. Sebagai contoh campuran suara walit berahi, walit kahwin, suara anak-anak walit dan suara gemeretak walit. Aneka suara ini akan memberikan kesan bahawa rumah burung walit tersebut telah berisi populasi walit dengan berbagai usia. Jenis rakaman suara ini dinamakan suara pikat yang bertujuan untuk walit terpikat untuk memasuki rumah burung walit.

Tahap II : Pertengahan Memancing. Jadual putar suara rakaman walit perlu melanjutkan jadual pada tahap I, atau bila hanya dimainkan di perang hari sekitar pukul 15:00 sehingga pukul 19:00. Pada tahap ini, suara rakaman walit yang dimainkan harus berbeza dengan suara rakaman walit pada tahap awal memancing. Gunakan suara rakaman yang berisi suara yang bergantian atau berturutan walit yang sedang kahwin, suara anak walit yang minta disuap oleh ibunya serta suara gemeretak walit sebagai petanda walit sesuai berada di tempat tersebut. Suara rakaman ini dimaksudkan agar walit segera menginap atau menerap di rumah walit tersebut. Pemutaran suara rakaman ini berlansung agak lama iaitu sekitar 3 hingga 4 bulan lebih. Waktu putar yang lama ini memberikan kesempatan kepada burung walit supaya proses menginapnya burung walit di sesebuah rumah walit dilanjutkan dengan pembuatan sarang. Suara rakaman yang yang digunakan iaitu suara inap, suapaya walit segera menginap dalam rumah burung walit.

Tahap III: Akhir Memancing.
Disebut akhir memancing bila, memang telah terbukti terdapat walit yang telah bersarang di dalam rumah burung walit. Meskipun burung walit telah menetap dan bahkan telah bersarang, sebaiknya suara walit tetap dimainkan. Suara walit yang dimainkan adalah suara populasi. Tujuanya agar populasi walit yang telah menetap tidak kabur ke rumah burung walit yang lain, atau mencegah kaburnya walit muda. Impak kepada pemutaran suara tersebut akan terjadi penambahan burung walit dari luar sehingga populasi cepat bertambah banyak. Jadual putar suara rakaman pula adalah seperti jadual tahap I atau tahap II.

Pemutaran suara rakaman yang terus berlanjutan ini akan sangat penting bila lokasi, rumah burung walit berada di daerah sentra walit. Mengapa? Sebab bukankah rumah burung walit lain juga sedang memancing atau tetap memutarkan suara rakaman walit? Apabila burung walit telah bersarang di gedung anda dan pemutaran suara rakaman walit dihentikan, ada kemungkinan walit yang telah menetap dapat terpancing ke gedung lain kerana pengaruh suara rakaman walit yang telah menetap dapat terpancing ke gedung walit lain kerana pengaruh suara rakaman walit yang mereka bunyikan. Justeru itu, apabila kita berkunjung ke sentra-sentra walit akan terdengar saling "perang suara". Hampir semua rumah burung walit memutarkan suara rakaman walit dan saling mengadu kualiti suara rakaman walitnya. Ada juga yang memutarkan suara rakaman walit tidak berhenti selama 24 jam. Mereka beralasan, suara populasi walit harus tetap terdengar setiap saat tanpa henti.Teknik ini sangat masuk akal. Sebabnya, di malam haripada sebuah gedung yang populasinya walit cukup besar, suara berisik walit selalu terdengar. Untuk itu, mereka menggunakan sehingga 3 hingga 4 rakaman suara dalam satu rumah walit yang berbunyi secara bergantian yang telah diatur dengan timer. Kekuatan suaranya juga telah diatur. Rakaman suara yang bekerja siang hari, volume suaranya lebih keras berbanding dengan suara rakaman walit yang bekerja di malam hari.

Pemasangan Tweeter

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, jenis tweeter yang digunakan sepatutnya menampilkan suara walit yang identikal serperti suara asli burung walit. Faktor pemasangan tempat letak tweeter juga memberikan kesan yang signifikan. Pada sesebuah rumah burung walit, gunakan satu tweeter di satu lubang masuk sahaja. Tidak digalakkan untuk memasang dua atau lebih tweeter pada lubang masuk. Ini dimaksudkan agar walit boleh menumpukan perhatian hanya satu lubang pintu.

Pemasangan tweeter harus ditempatkan di sudut lubang pintu agar tidak menghalang lalu lintas burung yang keluar masuk gedung. Perhatikan agar posisi tweerer tidak menjorok keluar yang memungkinkan konsleting atau perubahan suara.

Untuk pemasangan tweeter dalam rumah burung walit, jumlahnya disesuaikan dengan luas bilik atau ruang. Contohnya, dalam satu bilik atau ruang dengan luas 4m x 4m cukup dipasang dengan satu tweeter sahaja. Posisi tweerer harus menghadap ke lubang masuk burung. Ini dimaksudkan agar setelah burung masuk rumah burung walit, akan memudahkan mereka untuk mencari sumber suara. Walit yang terpancing akan menempel di tweeter atau berhampiran denganya. Disebabkan itu, penempatan tweeter di dalam ruang memudahkan burung walit untuk mengaksesnya.

Bagaimanakah teknik dan kaaedah memancing walit dengan suara rakaman yang berkesan?

Diibaratkan memancing ikan, suara rakaman adalah umpan untuk memancing walit. Teknik pemancingan yang efektif sangat penting supaya lebih cepat keberhasilan pemanggilan walit. Antaranya adalah ditentukan oleh lokasi pemancingan. Seperti analogi ikan tadi, lokasi dipilih kerana di lokasi itu terdapat banyak ikannya. Maka lokasi harus dipilih di tempat yang mempunyai banyak burung walit. Faktor lain adalah kualiti umpan dan juga teknik memancing. Memancing walit di sekitar lokasi utama burung walit memiliki peluang yang besar untuk mendapat hasil.Umpan yang baik iaitu suara rakaman walit yang berkualiti tinggi.Semakin berpengelaman seseorang pengusaha walit tahap keberhasilannya juga semakin tinggi. Seseorang yang masih baru dalam tahap belajar memancing, kadang-kadang burung walit yang sudah terpancing masuk ke rumah burung walit dan akhirnya kabur lagi.

Bebalik kepada suara rakaman walit yang efektif untuk digunakan, yang perlu diambil perhatian adalah kualiti rakaman, jenis suara walit, teknik pemasangan tweeter dan jadual pemutaran suara rakaman. Penjelasanya adalah seperti berikut:

Kualiti Rakaman:

Gunakan suara rakaman walit yang kualiti rakamanya sangat bersih, tidak serak, tiada hingar yang tidak bercampur dengan suara luar yang seakan serupa dengan suara asli burung walit.

Jenis suara Walit

Selain daripada kualiti rakaman, fahami juga ragam jenis suara walit. Contohnya suara rakaman burung walit berahi, suara rakaman anak walit yang kelaparan, suara rakaman walit yang berahi atau kahwin mahupun suara gemerentak walit. Koleksi ragam suara walit perlu dimiliki. Ianya penting kerana ianya berkaitan dengan perbezaan usia walit yang akan dipanggil atau dipancing. Bukankah untuk memancing ikan kecil memerlukan mata kail yang kecil dan untuk memancing ikan besar memerlukan kail yang besar? Secara sederhana, untuk memancing waliit muda harus diputarkan suara rakaman walit berahi, Sedangkan untuk memancing walit dewasa diputarkan suara rakaman suara bayi walit.

Selain itu, manfaat suara rakaman suara walit adalah kadang kala walit juga berasa bosan mendengar suara walit yang selalu dimainkan setiap hari. Sehinggakan ada yang terjadi, setelah sebulan lamanya walit mendatangi rumah burung walit selanjutnya tiada satupun walit yang datang.

Faktor Perubahan Cuaca

Pada musim hujan dan berangin, burung walit cenderung untuk menghabiskan waktunya dan memilih lebih banyak untuk menduduki di dalam rumah walit. Jika keluar pun, burung walit hanya mencari makan di sekitar lokasi yang tidak terlalu jauh. Pemutaran suara rakaman walit pada cuaca yang berubah-ubah ini menjadi kurang efektif disebabkan oleh faktor-faktor berikut, antaranya:

1. Burung walit lebih suka untuk tinggal di tempat tinggalnya. Kalaupun burung-burung tersebut keluar mencari makanan, ia akan segera bailk ke rumahnya. Hal ini disebabkan oleh burung walit menghindari perubahan cuaca yang mendadak yang dikhuatiri membahayakan fizikal burung walit. Agar aman dan selamat, burung walit memilih untuk tidak pergi jauh daripada rumah.

2. Suara rakaman walit yang dimainkan kurang efektif kerana gelombang suara yang dibunyikan terhalang oleh lebatnya air hujan atau ditiup oleh hembusan angin kencang, sehinggakan walit tidak mendengar panggilan suara tersebut. Atau bila rakaman suara itu terdengar, walit tidak mengetahui di mana sumber suara itu berasal. Lantas, adalah wajar apabila rakaman suara walit yang dimainkan tidak mendapat respon daripada burung walit. Namun begitu, apabila cuaca berubah kembali cerah dan hembusan angin pula mulai lemah dan stabil biasanya walit akan mendatangi sumber suara tersebut.

Faktor Ukuran dan Lokasi Rumah Burung Walit

1. Ukuran rumah burung walit yang tidak sesuai mampu menjadi penyebab burung walit tidak mendatangi sumber suara. Contohnya rumah walit yang teletak di kawasan walit yang banyak. Rekabentuk rumah burung walit tersebut terdiri satu atau dua lantai sahaja dengan ketinggian sekitar 8 meter. Padahal rumah-rumah walit yang berdiri di sekitarnya rata-rata setinggi empat tingkat atau sekitar 15 meter. Disebabkan itu, burung walit telah terbiasa terbang tinggi dan tidak mahu untuk menjunam ke bawah.Apatah lagu apabila gedung yang pendek ini posisinya sangat sulit untuk manuver burung berputar-putar sebelum masuk ke lubang pintu. Disebabkan ukuran dan posisi rumah walit yang tidak mendukung, maka suara walit yang dibunyikan kalah untuk bersaing dengan suara rakaman walit yang diputarkan oleh rumah-rumah walit lain yang lebih tinggi. Justeru rakaman suara yang dimainkan menjadi kurang efektif.

2. Lokasi rumah walit yang berdiri di luar sentra walit, atau jauh daripada lintasan walit atau di lokasi yang bukan sumber makanan, juga sangat susah memanggil walit dengan suara rakaman. Ini disebabkan oleh kerana memang jarang terdapat burung yang melintas di sekitar rumah walit tersebut sehari-harinya. Kalai bernasib baik ada kemungkinan hanya terdapat dua atau tiga ekor burung walit yang terbang sekilas. Ironinya, apabila suara dikuatkan dengan harapan agar walit-walit yang terbang di kejauhan mendengar dan terpanggil, maka bunyi suara rakaman walit akan menjadi pecah sehingga yang kedengaran entah bunyi jenis burung apa. Kesilapan ini terjadi pada awal mula-mula pemilihan lokasi rumah burung walit yang kurang tepat.

Saya telah menggunakan rakaman suara walit, tetapi mengapa burung tidak datang juga?

Kejayaan memanggil walit dengan suara rakaman ditentukan oleh berberapa faktor iaitu:

-Faktor perangkat panggil dan teknik memasang tweeter
Faktor ini biasanya disebabkan oleh:
1. Kualiti rakaman suara walit yang kurang berkualiti, sehinggakan suara walit yang kedengaran jauh berbeza ataupun tidak mirip seperti suara walit asli. Maka tidak hairanlah apabila ia tidak dikunjungi oleh walit yang sedang melintasi rumah walit tersebut.

2. Kekuatan suara yang lemah sehingga tidak didengari oleh burung walit. Sama juga sekiranya kekuatan suara yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan suara rakaman pecah. Kekuatan suara yang tidak sesuai tentu tidak memiliki daya panggil.

3. Sebahagian pengusaha yang baru kadang-kadang silap menggunakan penguat suara.Ada yang menggunakan speaker kecil sehingga suara walit kedengaran melengking. Jika penguat suara itu menggunakan tweeter, jenis tweeter yang digunakan kurang baik, misalnya jenis tweeter mobil yang suaranya terlalu nyaring.


4.Selain pengaturan kekuatan suara, pengaturan treble dan bass pada amplifier yang kurang tepat turut mengakibatkan suara yang keluar daripada tweeter tidak mirip seperti suara walit.

5. Pemasangan tweeter yang kurang sesuai juga menjadi penyebab burung walit tidak mengunjungi rumah walit. Contohnya, tweeter hanya dipasang hanya di dalam ruang rumah burung walit sahaja sehinggakan suara rakaman walit tidak kedengaran dari luar. Pemasangan tweeter yang tepat iaitu sebuah tweeter dipasang di sudut pintu/lubang burung dan mengarah keluar, sedangkan tweeter yang lain dipasang di sudut-sudut bilik yang mengarah ke pintu/lubang burung.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa kualiti rakaman suara walit yang baik dan tidak baik?

Untuk mengetahui samada sesebuah rakaman suara walit berkualiti tinggi ataupun tidak, membezakannya adalah tidak terlalu sukar. Suara rakaman yang kurang berkualiti boleh dikenalpasti daripada suara walit yang serak dan tidak jernih atau yang berbeza daripada suara aslinya. Contohnya suara rakaman yang tidak berkualiti bercampur dengan suara luar contohnya terdengar dengung mesin perakam, suara orang bercakap, suara kenderaan dan sebagainya. Maka, pemutaran suara rakaman yang kurang baik kualitinya tentu sahaja tidak mendapat respon yang baik daripada burung walit.

Sementara itu, kualiti rakaman yang baik, suara walitnya akan kedengaran identikal atau serupa seperti suara aslinya. Rakaman tersebut adalah bersih dan tidak bercampur dengan suara luar. Teknik rakaman yang berkualiti tinggi dipengarahui oleh pelbagai faktor contohnya lokasi rumah burung, mesin perakam, teknik rakaman, suntingan dan sebagainya.

Jenis-jenis rakaman suara walit

Secara spesifiknya terdapat tiga jenis rakaman suara walit iaitu (1) Suara Panggil (2) Suara Inap dan (3) Suara meningkatkan populasi. Penjelasanya adalah seperti berikut.

(1) Suara Panggil : adalah suara yang mengandungi suara rakaman suara walit yang sedang berahi. Walit yang sedang terbang melintas di sekitar gedung akan tertarik dan terpanggil untuk mendatangi sumber suara tersebut dan akan mencuba untuk memasuki kedalam rumah burung walit. Tindak balas terhadap suara panggil tersebut adalah bergantung terhadap kualiti suara rakaman tersebut. Sekiranya kualiti suara adalah bagus maka walit akan selalu mendatangi suara tesebut. Akan tetapi sebaliknya seandainya kualiti rakaman suara itu kurang berkualiti, maka walit akan mudah berasa bosan. Walit hanya akan mendatangi suara itu paling lama selama dua minggu. Selepas itu, walit akan berasa bosan dan pindang mendatangi rumah burung walit yang membunyikan rakaman suara yang lebih menarik.

(2) Suara Inap: Suara inap adalah suara rakaman yang mempunyai latar belakang suara bayi atau anak walit yang sedang disuap oleh ibunya. Tujuan suara ini adalah untuk meransang walit-walit yang telah menginap di rumah burung walit agar segera membuat sarang. Bagi mengenalpasti samada suara inap tersebut bagus atau tidak, biasanya dalam tempoh dua bulan proses pemancingan, akan kelihatan beberapa ekor burung walit yang akan masuk dan menginapi ke rumah burung walit apabila petang menjelma. Untuk lebih kepastian, masuklah ke ke dalam rumah burung walit dan pastikan apakah di lantai terdapat kotoran najis walit. Di awal proses pemancingan, walit akan tidur berdekatan dengan tweeter dan membuang kotoran di bawahnya. Semakin banyak kotoran yang menompok di bawahnya menunjukan bahawa sudah cukup lama walit menginap di rumah burung walit tersebut.

(3) Suara Populasi : Suara populasi adalah suara rakaman walit di sebuah rumah burung walit yang padat berkoloni. Tujuan suara ini adalah berdasarkan bahawa sebagai burung yang berkoloni, walit akan merasa lebih aman untuk berkembang biak pada rumah burung walit yang populasinya adalah besar. Dengan memainkan suara ini, bermaksud selain daripada menarik burung walit daripada rumah burung walit yang lain, ia juga berperanan untuk mencengah kemusykilan walit-walit muda daripada rumah burung tersebut. Walaubagaimanapun, sebahagian pengusaha berfikir sebaliknya. Mereka berpendapat, apabila populasi walit di dalam sesebuah rumah walit sudah banyak, sudah tidak perlu lagi menggunakan suara tersebut. Alasanya adalah, walit akan berasa takut dan tertekan serta keliru kerana suara di dalam rumah burung walit yang sangat bising. Akan tetapi, pendapat tersebut sebenarnya silap diatas justifikasi bahawa burung walit secara semulajadinya adalah burung yang lebih suka berkelompok dalam sesebuah koloni. Semakin besar koloni, maka walit akan merasa semakin tenteram dan selamat.

Jenis suara walit yang bagaimanakah yang disukai oleh walit, supaya walit segera mendatangi sumber suara?

Rakaman suara walit baik dalam bentuk kaset ataupun CD yang dijual umum di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis suara walit. Biasanya dalam satu kaset atau CD berdurasi sekitar 60 minit berisi campuran beberapa suara walit berahi, sedang kawin, gemertak walit dan suara piyik yang minta disuapi. Ada pula rakaman suara yang khusus iaitu dalam satu kaset hanya terdengar bunyi walit mencicit tanda sedang berahi. Ada pula suara khusus piyik walit minta suap induknya atau suara gemertak walit tanda sedang adaptasi di sebuah gedung baru.

Burung walit akan datang ke sumber suara bila suara yang dibunyikan itu mirip seperti suara asli walit. Hal ini tentu saja sangat bergantung kepada kualiti rakaman dan peringkat panggilan. Selain itu juga dipengaruhi jenis tweeter yang digunakan dan tata cara letaknya. Kualiti rakaman yang kurang jernih ataupun serak atau berdesis tentu tidak akan direspon oleh walit secara baik.

Apabila suara rakaman yang dimainkan adalah adalah suara walit berahi, maka walit yang mendatangi sumber suara itu sebahagian besar walit-walit muda yang mulai memasuki masa mengawan. Sedang apabila yang dibunyikan adalah suara anak walit yang kelaparan minta disuapkan oleh induknya, maka walit yang datang adalah sebahagian besar walit dewasa yang sudah berproduksi.

Yang manakah lebih efektif, memancing walit dengan membunyikan suara rakaman atau dengan menyediakan makanan/serangga? Bagaimana kalau dikombinasikan?

Seperti yang diketahui, teknik mengundang walit selain dengan rakaman suara juga selalu digunakan seperti penyediaan makanan berupa serangga-serangga terbang. Memanggil walit dengan membunyikan suara rakaman berdasarkan alasan bahawa semua mahluk hidup pasti bergantung dengan makanan sebagai keperluan dasarnya. Sebuah lokasi yang mempunyai banyak serangga akan dikenali oleh walit dan akan selalu didatangi oleh burung ini dan akhirnya walit akan cenderung tinggal di tempat yang kaya dengan sumber makanan.

Untuk mengukur keefektifan daripada kedua-dua teknik tersebut haruslahlah dilihat dari lokasi berdirinya gedung untuk memancing walit dan musim yang sedang berlansung saat tersebut. Untuk memancing walit di daerah sentra walit, cukuplah dengan memainkan suara rakaman walit. Ini kerana di lokasi ini walit sudah tidak memerlukan makanan lagi. Walit telah memperoleh makanan di sentra makanan. Sedangkan untuk gedung yang derlokasi di daerah lintasan dan di sumber makanan, faktor penyediaan makanan adalah sangat penting, apatah lagi bila tiba musim kemarau di mana faktor makanan di alam sedikit berkurang.

Walaupun begitu, penternak walit kadang-kadang melihat dari segi kepraktikalan kerja. Dengan pemancingan menggunakan rakaman suara, pembudi budaya hanya perlu menyediakan peralatan seperti tape, atau CD player dan juga tweeter. Setelah peralatan terpasang, segera alat dapat dioperasikan di saat itu juga. Dengan memasang pemasa automatik (timer), penternak juga lebih bebas mengatur jadual peninjauan ke gedung walitnya. Penternak yang jarak rumah tempat tinggalnya dengan lokasi gedung walit yang berjauhan tidak perlu repot, kerana alat pemanggil tersebut akan bekerja secara automatik sesuai dengan waktu yang telah diprogramkan di dalam pemasa automatik.

Berbanding dengan teknik penyediaan makanan, contohnya daripada bahan gaplek, serangga dari bajan tersebut baru akan muncul pada selang waktu 1 atau 2 bulan kemudian. Ini bermaksud, waktu proses pemancingan walit baru akan berjalan efektif setelah serangga dari gaplek berterbangan. Sekitar 2 bulan kemudian serangga gaplek mulai susut dan bobotnya terasa ringan, maka penternak harus mengganti dengan gaplek yang baru. Rutin dan kesinambungan penyediaan serangga ini harus dilakukan agar walit juga selalu datang dan diharapkan akan menetap di gedung tersebut.

Pun begitu, apa yang sering terjadi adalah, pekerjaan rutin ini membuatkan peternak malas atau letih, kerana bahan tersebut kekadang sukar diperolehi di pasaran. Selain itu, Tambahan lagi,
disebabkan oleh gaplek atau berkatul di dalam gedung mengundang hama, kecoa, tikus atau burung gereja yang masuk melalui pintu burung di siang hari.

Sehingga peternak lebih memilih untuk memanggil walit dengan suara rakaman berbanding dengan penyediaan makanan.

Meskipun demikian, tidak sedikit pula yang mengkombinasikan kedua-dua cara tersebut. Iaitu memanggil walit dengan suara rakaman serta menyediakan serangga sebagai makananya. Cara kombinasi ini diharapkan dapat lebih cepat berhasil memanggil walit menetap di sesebuah gedung, Adapun hama kecoa dan tikus diantisipasi dengan cara menaburkan racun di dalam gedung.

Apakah alasan orang menggunakan suara rakaman walit untuk mengundang burung agar menghuni sesebuah gedung walit?


Burung walit seperti burung-burung ocehan lainnya, contohnya burung kacer, pranjak, ciblek dan lain-lain lagi yang selalunya dipanggil dengan cara menirukan suara burung tersebut. Seorang pemikat burung ocehan akan membawa burung kacer yang suka menyanyi lalu menggantungkan sangkar di sebuah pohon dalam hutan. Pada bahagian luar sangkar atau ranting perpohanan sekitarnya pula telah dipasang dengan gam pelekat. Sesaat kemudian burung ocehan liar itu akan mendatangi sumber suara dalam sangkar dan akhirnya terkena gam pelekat.

Dengan kaedah yang sama, untuk memanggil walit pun dilakukan dengan cara membunyikan suara walit. Oleh kerana walit tidak dapat mengoceh bila dikurung didalam sangkar, maka kemudian orang merakam suara walit. Suara rakaman inilah yang dibunyikan melalui tape atau pemain CD untuk memanggil walit. Kuailiti rakaman suara walit yang bersih dan bagus akan menghasilkan bunyi suara yang mirip seperti suara asli walit. Ini seterusnya membuatkan walit mendatangi sumber suara. Sebaliknya, hasil rakaman yang kurang bersih tidak akan direspon oleh walit kerana tidak mempunyai daya panggil.

Yang membezakan antara walit dengan burung ocehan adalah untuk memanggil burung ocehan liar di hutan, pemikat harus membawa burung penjantan yang gemar mengoceh. Burung liar sejenis akan datang adalah penjantan yang merasa ditentang untuk bertarung. Kedua burung tersebut akan saling mematuk.

Tidak pernah terjadi burung betina yang sejenis akan mendatangi penjantan yang menyanyi di dalam sangkar. Tujuan pemikat burung liar di hutan adalah sememangnya mencari burung jantan yang berani bertarung dan suka menyanyi.

Berbeza kepada koloni walit yang mendatangi sumber suara. Apabila bunyi suara tersebut merupakan suara walit yang berahi, maka baik wali jantan dan betina akan mendekati sumber suara tersebut. Walit jantan akan menempel di tweeter dan kemudianya akan kelihatan mematuk-matuk mengajak bertarung. Walit betina pula akan menempel di sekitar tweeter dengan kedua sayapnya digerak-gerakkan. Gerakan sayap walit betina ini adalah mirip seperti gerakan burung merpati betina yang mengepakkan kedua sayapnya tanda bersedia untuk berkahwin. Rakaman suara walit berahi ini akan mengundang walit-walit muda baik jantan mahupun betina yang sudah memasuki masa produksi yang berumur sekitar 8-12 bulan.

Sementara itu, apabila bunyi rakaman suara berupa suara piyik yang minta disuapi, maka umumnya yang datang baik jantan mahupun betina telah dewasa ataupun indukan. Itu terlihat dari ukuran fizikalnya yang agak besar. Kadang-kadang kelihatan walit yang datang ke gedung, bulu sayapnya kelihatan rosak tanda sedang mengalami rontok bulu. Itu adalah petanda burung walit tersebut agak tua atau walit induk. Suara gemeretak atau mencicit walit dewasa ini juga terdengar lebih keras dan jelas. Walit-walit tersebut akan kelihatan menempel di papan-papan sirip yang tidak jauh dari tweeter, atau akan menempati sarang-sarang imitasi yang telah disiapkan.