Wednesday, January 25, 2012

Saya telah menggunakan rakaman suara walit, tetapi mengapa burung tidak datang juga?

Kejayaan memanggil walit dengan suara rakaman ditentukan oleh berberapa faktor iaitu:

-Faktor perangkat panggil dan teknik memasang tweeter
Faktor ini biasanya disebabkan oleh:
1. Kualiti rakaman suara walit yang kurang berkualiti, sehinggakan suara walit yang kedengaran jauh berbeza ataupun tidak mirip seperti suara walit asli. Maka tidak hairanlah apabila ia tidak dikunjungi oleh walit yang sedang melintasi rumah walit tersebut.

2. Kekuatan suara yang lemah sehingga tidak didengari oleh burung walit. Sama juga sekiranya kekuatan suara yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan suara rakaman pecah. Kekuatan suara yang tidak sesuai tentu tidak memiliki daya panggil.

3. Sebahagian pengusaha yang baru kadang-kadang silap menggunakan penguat suara.Ada yang menggunakan speaker kecil sehingga suara walit kedengaran melengking. Jika penguat suara itu menggunakan tweeter, jenis tweeter yang digunakan kurang baik, misalnya jenis tweeter mobil yang suaranya terlalu nyaring.


4.Selain pengaturan kekuatan suara, pengaturan treble dan bass pada amplifier yang kurang tepat turut mengakibatkan suara yang keluar daripada tweeter tidak mirip seperti suara walit.

5. Pemasangan tweeter yang kurang sesuai juga menjadi penyebab burung walit tidak mengunjungi rumah walit. Contohnya, tweeter hanya dipasang hanya di dalam ruang rumah burung walit sahaja sehinggakan suara rakaman walit tidak kedengaran dari luar. Pemasangan tweeter yang tepat iaitu sebuah tweeter dipasang di sudut pintu/lubang burung dan mengarah keluar, sedangkan tweeter yang lain dipasang di sudut-sudut bilik yang mengarah ke pintu/lubang burung.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa kualiti rakaman suara walit yang baik dan tidak baik?

Untuk mengetahui samada sesebuah rakaman suara walit berkualiti tinggi ataupun tidak, membezakannya adalah tidak terlalu sukar. Suara rakaman yang kurang berkualiti boleh dikenalpasti daripada suara walit yang serak dan tidak jernih atau yang berbeza daripada suara aslinya. Contohnya suara rakaman yang tidak berkualiti bercampur dengan suara luar contohnya terdengar dengung mesin perakam, suara orang bercakap, suara kenderaan dan sebagainya. Maka, pemutaran suara rakaman yang kurang baik kualitinya tentu sahaja tidak mendapat respon yang baik daripada burung walit.

Sementara itu, kualiti rakaman yang baik, suara walitnya akan kedengaran identikal atau serupa seperti suara aslinya. Rakaman tersebut adalah bersih dan tidak bercampur dengan suara luar. Teknik rakaman yang berkualiti tinggi dipengarahui oleh pelbagai faktor contohnya lokasi rumah burung, mesin perakam, teknik rakaman, suntingan dan sebagainya.

Jenis-jenis rakaman suara walit

Secara spesifiknya terdapat tiga jenis rakaman suara walit iaitu (1) Suara Panggil (2) Suara Inap dan (3) Suara meningkatkan populasi. Penjelasanya adalah seperti berikut.

(1) Suara Panggil : adalah suara yang mengandungi suara rakaman suara walit yang sedang berahi. Walit yang sedang terbang melintas di sekitar gedung akan tertarik dan terpanggil untuk mendatangi sumber suara tersebut dan akan mencuba untuk memasuki kedalam rumah burung walit. Tindak balas terhadap suara panggil tersebut adalah bergantung terhadap kualiti suara rakaman tersebut. Sekiranya kualiti suara adalah bagus maka walit akan selalu mendatangi suara tesebut. Akan tetapi sebaliknya seandainya kualiti rakaman suara itu kurang berkualiti, maka walit akan mudah berasa bosan. Walit hanya akan mendatangi suara itu paling lama selama dua minggu. Selepas itu, walit akan berasa bosan dan pindang mendatangi rumah burung walit yang membunyikan rakaman suara yang lebih menarik.

(2) Suara Inap: Suara inap adalah suara rakaman yang mempunyai latar belakang suara bayi atau anak walit yang sedang disuap oleh ibunya. Tujuan suara ini adalah untuk meransang walit-walit yang telah menginap di rumah burung walit agar segera membuat sarang. Bagi mengenalpasti samada suara inap tersebut bagus atau tidak, biasanya dalam tempoh dua bulan proses pemancingan, akan kelihatan beberapa ekor burung walit yang akan masuk dan menginapi ke rumah burung walit apabila petang menjelma. Untuk lebih kepastian, masuklah ke ke dalam rumah burung walit dan pastikan apakah di lantai terdapat kotoran najis walit. Di awal proses pemancingan, walit akan tidur berdekatan dengan tweeter dan membuang kotoran di bawahnya. Semakin banyak kotoran yang menompok di bawahnya menunjukan bahawa sudah cukup lama walit menginap di rumah burung walit tersebut.

(3) Suara Populasi : Suara populasi adalah suara rakaman walit di sebuah rumah burung walit yang padat berkoloni. Tujuan suara ini adalah berdasarkan bahawa sebagai burung yang berkoloni, walit akan merasa lebih aman untuk berkembang biak pada rumah burung walit yang populasinya adalah besar. Dengan memainkan suara ini, bermaksud selain daripada menarik burung walit daripada rumah burung walit yang lain, ia juga berperanan untuk mencengah kemusykilan walit-walit muda daripada rumah burung tersebut. Walaubagaimanapun, sebahagian pengusaha berfikir sebaliknya. Mereka berpendapat, apabila populasi walit di dalam sesebuah rumah walit sudah banyak, sudah tidak perlu lagi menggunakan suara tersebut. Alasanya adalah, walit akan berasa takut dan tertekan serta keliru kerana suara di dalam rumah burung walit yang sangat bising. Akan tetapi, pendapat tersebut sebenarnya silap diatas justifikasi bahawa burung walit secara semulajadinya adalah burung yang lebih suka berkelompok dalam sesebuah koloni. Semakin besar koloni, maka walit akan merasa semakin tenteram dan selamat.

Jenis suara walit yang bagaimanakah yang disukai oleh walit, supaya walit segera mendatangi sumber suara?

Rakaman suara walit baik dalam bentuk kaset ataupun CD yang dijual umum di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis suara walit. Biasanya dalam satu kaset atau CD berdurasi sekitar 60 minit berisi campuran beberapa suara walit berahi, sedang kawin, gemertak walit dan suara piyik yang minta disuapi. Ada pula rakaman suara yang khusus iaitu dalam satu kaset hanya terdengar bunyi walit mencicit tanda sedang berahi. Ada pula suara khusus piyik walit minta suap induknya atau suara gemertak walit tanda sedang adaptasi di sebuah gedung baru.

Burung walit akan datang ke sumber suara bila suara yang dibunyikan itu mirip seperti suara asli walit. Hal ini tentu saja sangat bergantung kepada kualiti rakaman dan peringkat panggilan. Selain itu juga dipengaruhi jenis tweeter yang digunakan dan tata cara letaknya. Kualiti rakaman yang kurang jernih ataupun serak atau berdesis tentu tidak akan direspon oleh walit secara baik.

Apabila suara rakaman yang dimainkan adalah adalah suara walit berahi, maka walit yang mendatangi sumber suara itu sebahagian besar walit-walit muda yang mulai memasuki masa mengawan. Sedang apabila yang dibunyikan adalah suara anak walit yang kelaparan minta disuapkan oleh induknya, maka walit yang datang adalah sebahagian besar walit dewasa yang sudah berproduksi.

Yang manakah lebih efektif, memancing walit dengan membunyikan suara rakaman atau dengan menyediakan makanan/serangga? Bagaimana kalau dikombinasikan?

Seperti yang diketahui, teknik mengundang walit selain dengan rakaman suara juga selalu digunakan seperti penyediaan makanan berupa serangga-serangga terbang. Memanggil walit dengan membunyikan suara rakaman berdasarkan alasan bahawa semua mahluk hidup pasti bergantung dengan makanan sebagai keperluan dasarnya. Sebuah lokasi yang mempunyai banyak serangga akan dikenali oleh walit dan akan selalu didatangi oleh burung ini dan akhirnya walit akan cenderung tinggal di tempat yang kaya dengan sumber makanan.

Untuk mengukur keefektifan daripada kedua-dua teknik tersebut haruslahlah dilihat dari lokasi berdirinya gedung untuk memancing walit dan musim yang sedang berlansung saat tersebut. Untuk memancing walit di daerah sentra walit, cukuplah dengan memainkan suara rakaman walit. Ini kerana di lokasi ini walit sudah tidak memerlukan makanan lagi. Walit telah memperoleh makanan di sentra makanan. Sedangkan untuk gedung yang derlokasi di daerah lintasan dan di sumber makanan, faktor penyediaan makanan adalah sangat penting, apatah lagi bila tiba musim kemarau di mana faktor makanan di alam sedikit berkurang.

Walaupun begitu, penternak walit kadang-kadang melihat dari segi kepraktikalan kerja. Dengan pemancingan menggunakan rakaman suara, pembudi budaya hanya perlu menyediakan peralatan seperti tape, atau CD player dan juga tweeter. Setelah peralatan terpasang, segera alat dapat dioperasikan di saat itu juga. Dengan memasang pemasa automatik (timer), penternak juga lebih bebas mengatur jadual peninjauan ke gedung walitnya. Penternak yang jarak rumah tempat tinggalnya dengan lokasi gedung walit yang berjauhan tidak perlu repot, kerana alat pemanggil tersebut akan bekerja secara automatik sesuai dengan waktu yang telah diprogramkan di dalam pemasa automatik.

Berbanding dengan teknik penyediaan makanan, contohnya daripada bahan gaplek, serangga dari bajan tersebut baru akan muncul pada selang waktu 1 atau 2 bulan kemudian. Ini bermaksud, waktu proses pemancingan walit baru akan berjalan efektif setelah serangga dari gaplek berterbangan. Sekitar 2 bulan kemudian serangga gaplek mulai susut dan bobotnya terasa ringan, maka penternak harus mengganti dengan gaplek yang baru. Rutin dan kesinambungan penyediaan serangga ini harus dilakukan agar walit juga selalu datang dan diharapkan akan menetap di gedung tersebut.

Pun begitu, apa yang sering terjadi adalah, pekerjaan rutin ini membuatkan peternak malas atau letih, kerana bahan tersebut kekadang sukar diperolehi di pasaran. Selain itu, Tambahan lagi,
disebabkan oleh gaplek atau berkatul di dalam gedung mengundang hama, kecoa, tikus atau burung gereja yang masuk melalui pintu burung di siang hari.

Sehingga peternak lebih memilih untuk memanggil walit dengan suara rakaman berbanding dengan penyediaan makanan.

Meskipun demikian, tidak sedikit pula yang mengkombinasikan kedua-dua cara tersebut. Iaitu memanggil walit dengan suara rakaman serta menyediakan serangga sebagai makananya. Cara kombinasi ini diharapkan dapat lebih cepat berhasil memanggil walit menetap di sesebuah gedung, Adapun hama kecoa dan tikus diantisipasi dengan cara menaburkan racun di dalam gedung.

Apakah alasan orang menggunakan suara rakaman walit untuk mengundang burung agar menghuni sesebuah gedung walit?


Burung walit seperti burung-burung ocehan lainnya, contohnya burung kacer, pranjak, ciblek dan lain-lain lagi yang selalunya dipanggil dengan cara menirukan suara burung tersebut. Seorang pemikat burung ocehan akan membawa burung kacer yang suka menyanyi lalu menggantungkan sangkar di sebuah pohon dalam hutan. Pada bahagian luar sangkar atau ranting perpohanan sekitarnya pula telah dipasang dengan gam pelekat. Sesaat kemudian burung ocehan liar itu akan mendatangi sumber suara dalam sangkar dan akhirnya terkena gam pelekat.

Dengan kaedah yang sama, untuk memanggil walit pun dilakukan dengan cara membunyikan suara walit. Oleh kerana walit tidak dapat mengoceh bila dikurung didalam sangkar, maka kemudian orang merakam suara walit. Suara rakaman inilah yang dibunyikan melalui tape atau pemain CD untuk memanggil walit. Kuailiti rakaman suara walit yang bersih dan bagus akan menghasilkan bunyi suara yang mirip seperti suara asli walit. Ini seterusnya membuatkan walit mendatangi sumber suara. Sebaliknya, hasil rakaman yang kurang bersih tidak akan direspon oleh walit kerana tidak mempunyai daya panggil.

Yang membezakan antara walit dengan burung ocehan adalah untuk memanggil burung ocehan liar di hutan, pemikat harus membawa burung penjantan yang gemar mengoceh. Burung liar sejenis akan datang adalah penjantan yang merasa ditentang untuk bertarung. Kedua burung tersebut akan saling mematuk.

Tidak pernah terjadi burung betina yang sejenis akan mendatangi penjantan yang menyanyi di dalam sangkar. Tujuan pemikat burung liar di hutan adalah sememangnya mencari burung jantan yang berani bertarung dan suka menyanyi.

Berbeza kepada koloni walit yang mendatangi sumber suara. Apabila bunyi suara tersebut merupakan suara walit yang berahi, maka baik wali jantan dan betina akan mendekati sumber suara tersebut. Walit jantan akan menempel di tweeter dan kemudianya akan kelihatan mematuk-matuk mengajak bertarung. Walit betina pula akan menempel di sekitar tweeter dengan kedua sayapnya digerak-gerakkan. Gerakan sayap walit betina ini adalah mirip seperti gerakan burung merpati betina yang mengepakkan kedua sayapnya tanda bersedia untuk berkahwin. Rakaman suara walit berahi ini akan mengundang walit-walit muda baik jantan mahupun betina yang sudah memasuki masa produksi yang berumur sekitar 8-12 bulan.

Sementara itu, apabila bunyi rakaman suara berupa suara piyik yang minta disuapi, maka umumnya yang datang baik jantan mahupun betina telah dewasa ataupun indukan. Itu terlihat dari ukuran fizikalnya yang agak besar. Kadang-kadang kelihatan walit yang datang ke gedung, bulu sayapnya kelihatan rosak tanda sedang mengalami rontok bulu. Itu adalah petanda burung walit tersebut agak tua atau walit induk. Suara gemeretak atau mencicit walit dewasa ini juga terdengar lebih keras dan jelas. Walit-walit tersebut akan kelihatan menempel di papan-papan sirip yang tidak jauh dari tweeter, atau akan menempati sarang-sarang imitasi yang telah disiapkan.