Untuk mengetahui samada sesebuah rakaman suara walit berkualiti tinggi ataupun tidak, membezakannya adalah tidak terlalu sukar. Suara rakaman yang kurang berkualiti boleh dikenalpasti daripada suara walit yang serak dan tidak jernih atau yang berbeza daripada suara aslinya. Contohnya suara rakaman yang tidak berkualiti bercampur dengan suara luar contohnya terdengar dengung mesin perakam, suara orang bercakap, suara kenderaan dan sebagainya. Maka, pemutaran suara rakaman yang kurang baik kualitinya tentu sahaja tidak mendapat respon yang baik daripada burung walit.
Sementara itu, kualiti rakaman yang baik, suara walitnya akan kedengaran identikal atau serupa seperti suara aslinya. Rakaman tersebut adalah bersih dan tidak bercampur dengan suara luar. Teknik rakaman yang berkualiti tinggi dipengarahui oleh pelbagai faktor contohnya lokasi rumah burung, mesin perakam, teknik rakaman, suntingan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment