Secara dasarnya, burung walit akan tertarik kepada sesuatu yang baru, yang pelik dan yang asing. Ini termasuklah bunyi-bunyian. Ini merupakan tindak balas spontan burung walit. Respon walit terhadap sesuatu yang baru, termasuk suara rakaman burung walit, perlu dimainkan terus menerus.Apabila bunyi rakaman walit itu kurang baik, maka tindak balas burung walit hanya sesaat sahaja. Sedangkan apabila bunyi suara rakaman itu mirip seperti suara aslinya, maka burung walit akan bertindak balas secara terus menerus dan berlanjutan. Berkaitan dengan bunyi suara rakaman yang diputarkan, terdapat korelasi yang cukup ketara antara jenis suara walit dengan kedatangan walit, baik dari segi jenis kelamin dan peringkat usia. Ini bermaksud, apabila suara rakaman walit yang diputarkan berisi pelbagai jenis suara suara koloni burung walit, rombongan walit yang datang juga pelbagai ragam baik jenis mahupun peringkat usianya. Sekiranya suara rakaman yang diputarkan dari jenis walit yang sedang berahi, sebahagian besar burung walit yang datang masih berusia muda ataupun mula memasuki masa mengawan. Begitu juga apabula suara rakaman burung walit bersuarakan anak walit yang minta disuap, sebahagian besar induk atau ibu burung walit atau walit dewasa yang datang mengunjungi.
Fizikal burung walit muda kelihatan lebih kecil berbanding burung walit dewasa. Fakta ini boleh digunakan untuk menentukan jenis suara yang tepat dalam memancing burung walit di lokasi yang berbeza. Di lokasi lintasan suara rakaman yang digunakan ada suara burung walit berahi, manakala di pusat kawasan burung walit pula bunyi suara anak walit boleh digunakan. Namun, persoalannya adakah lebih mudah memancing walit muda atau dewasa. Bukankah burung walit dewasa lebih kuat memorinya pada rumah dengan demikian tingkat home behavior nyapun lebih besar berbanding burung walit muda. Disebabkan itu, sebenarnya memancing walit muda memberikan keberhasilan yang lebih besar berbanding burung walit dewasa. Maka, penggunaan suara rakaman burung walit untuk memancing vaik di pusat makanan, di lintasan mahupun di pusat burung walit dengan melihat kepada alasan-alasan di atas, maka tetap akan efektif jika menggunakan suara rakaman walit berahi, iaitu dengan tujuan untuk memancing walit muda yang memorinya pada rumah asal masih lemah dan tingkat home behaviornya belum sekuat burung walit dewasa.
No comments:
Post a Comment