Kejayaan memanggil walit dengan suara rakaman ditentukan oleh berberapa faktor iaitu:
-Faktor perangkat panggil dan teknik memasang tweeter
Faktor ini biasanya disebabkan oleh:
1. Kualiti rakaman suara walit yang kurang berkualiti, sehinggakan suara walit yang kedengaran jauh berbeza ataupun tidak mirip seperti suara walit asli. Maka tidak hairanlah apabila ia tidak dikunjungi oleh walit yang sedang melintasi rumah walit tersebut.
2. Kekuatan suara yang lemah sehingga tidak didengari oleh burung walit. Sama juga sekiranya kekuatan suara yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan suara rakaman pecah. Kekuatan suara yang tidak sesuai tentu tidak memiliki daya panggil.
3. Sebahagian pengusaha yang baru kadang-kadang silap menggunakan penguat suara.Ada yang menggunakan speaker kecil sehingga suara walit kedengaran melengking. Jika penguat suara itu menggunakan tweeter, jenis tweeter yang digunakan kurang baik, misalnya jenis tweeter mobil yang suaranya terlalu nyaring.
4.Selain pengaturan kekuatan suara, pengaturan treble dan bass pada amplifier yang kurang tepat turut mengakibatkan suara yang keluar daripada tweeter tidak mirip seperti suara walit.
5. Pemasangan tweeter yang kurang sesuai juga menjadi penyebab burung walit tidak mengunjungi rumah walit. Contohnya, tweeter hanya dipasang hanya di dalam ruang rumah burung walit sahaja sehinggakan suara rakaman walit tidak kedengaran dari luar. Pemasangan tweeter yang tepat iaitu sebuah tweeter dipasang di sudut pintu/lubang burung dan mengarah keluar, sedangkan tweeter yang lain dipasang di sudut-sudut bilik yang mengarah ke pintu/lubang burung.
No comments:
Post a Comment