Secara spesifiknya terdapat tiga jenis rakaman suara walit iaitu (1) Suara Panggil (2) Suara Inap dan (3) Suara meningkatkan populasi. Penjelasanya adalah seperti berikut.
(1) Suara Panggil : adalah suara yang mengandungi suara rakaman suara walit yang sedang berahi. Walit yang sedang terbang melintas di sekitar gedung akan tertarik dan terpanggil untuk mendatangi sumber suara tersebut dan akan mencuba untuk memasuki kedalam rumah burung walit. Tindak balas terhadap suara panggil tersebut adalah bergantung terhadap kualiti suara rakaman tersebut. Sekiranya kualiti suara adalah bagus maka walit akan selalu mendatangi suara tesebut. Akan tetapi sebaliknya seandainya kualiti rakaman suara itu kurang berkualiti, maka walit akan mudah berasa bosan. Walit hanya akan mendatangi suara itu paling lama selama dua minggu. Selepas itu, walit akan berasa bosan dan pindang mendatangi rumah burung walit yang membunyikan rakaman suara yang lebih menarik.
(2) Suara Inap: Suara inap adalah suara rakaman yang mempunyai latar belakang suara bayi atau anak walit yang sedang disuap oleh ibunya. Tujuan suara ini adalah untuk meransang walit-walit yang telah menginap di rumah burung walit agar segera membuat sarang. Bagi mengenalpasti samada suara inap tersebut bagus atau tidak, biasanya dalam tempoh dua bulan proses pemancingan, akan kelihatan beberapa ekor burung walit yang akan masuk dan menginapi ke rumah burung walit apabila petang menjelma. Untuk lebih kepastian, masuklah ke ke dalam rumah burung walit dan pastikan apakah di lantai terdapat kotoran najis walit. Di awal proses pemancingan, walit akan tidur berdekatan dengan tweeter dan membuang kotoran di bawahnya. Semakin banyak kotoran yang menompok di bawahnya menunjukan bahawa sudah cukup lama walit menginap di rumah burung walit tersebut.
(3) Suara Populasi : Suara populasi adalah suara rakaman walit di sebuah rumah burung walit yang padat berkoloni. Tujuan suara ini adalah berdasarkan bahawa sebagai burung yang berkoloni, walit akan merasa lebih aman untuk berkembang biak pada rumah burung walit yang populasinya adalah besar. Dengan memainkan suara ini, bermaksud selain daripada menarik burung walit daripada rumah burung walit yang lain, ia juga berperanan untuk mencengah kemusykilan walit-walit muda daripada rumah burung tersebut. Walaubagaimanapun, sebahagian pengusaha berfikir sebaliknya. Mereka berpendapat, apabila populasi walit di dalam sesebuah rumah walit sudah banyak, sudah tidak perlu lagi menggunakan suara tersebut. Alasanya adalah, walit akan berasa takut dan tertekan serta keliru kerana suara di dalam rumah burung walit yang sangat bising. Akan tetapi, pendapat tersebut sebenarnya silap diatas justifikasi bahawa burung walit secara semulajadinya adalah burung yang lebih suka berkelompok dalam sesebuah koloni. Semakin besar koloni, maka walit akan merasa semakin tenteram dan selamat.
No comments:
Post a Comment