Wednesday, January 25, 2012

Berapakah ukuran volume yang tepat untuk memanggil walit dan apakah volume bagi setiap ruang/lantai harus berbeza?

Mengenai besarnya volume suara yang dibunyikan, setiap orang mempunyai teori yang berbeza. Ada yang mengatakan bahawa volume suara harus kuat sehingga sekiranya kita berada di dalam rumah burung walit, telinga kita sampai berbunyi dan berdengung. Menurut pengalaman, volume suara disesuaikan dengan besarnya volume semulajadi burung walit iaitu tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lemah.

Tidak perlu ada perbezaan volume di setiap ruang atau lantai. Tweeter yang mengeluarkan bunyi mirip suara walit asli yang dipasang di bilik dengan volume yang sederhana sahaja kan mengundang burung walit mendekati dan menempel di sekitarnya.

Apa yang perlu diperhatikan adalah, sebahagian rumah burung walit, ada yang menggunakan dak cor semen, ada pula yang menggunakan dak papan. Volume pada gedung yang berbeza ini jelas tidak seharusnya sama. Ini kerana pantulan suaranya juga tidak serupa. Pada rumah burung walit yang menggunakan dak cor semen, volume yang kuat akan memantulkan ke dalam ruangan dan menggangu. Ini akan menyukarkan burung walit yang telah masuk ke dalam gedung akan keluar semuala kerana burung walit kerana mengalami kesulitan untuk mencari dan mendatangi sumber suara iaitu tweete. Sebaliknya, pada gedung yang mempunyai dak papan, volume suaranya janganlah pula terlalu lemah. Ini kerana dak papan tidak memantulkan suara bahkan akan menyerap suara tersebut dan mengakibatkan burung kesukaran untuk mencari sumber suara.

No comments:

Post a Comment