Apabila rumah burung walit tersebut terletak di daerah lintasan burung walit, sebenarnya untuk menentukan arah pintu masuk burung faktor penting yang menjadi pertimbangan utama adalah menyesuaikan dengan jalur pulang burung walit. Apabila jalur pulang koloni burung walit dari arah barat ke timur, maka lubang pintu masuk burung sebaiknya menghadap ke barat. Demikian pula bila arah pulang burung dari utara ke selatan, maka sebaiknya menghadap ke barat. Demikian pula bila arah pulang dari utara ke selatan, maka sebaiknya penentuan arah pintu menghadap ke utara. Ini dimaksudkan agar proses pemancingan dengan menyembunyikan rakaman suara yang sedang terbang melintas hendak pulang ke rumah asal.
Adapun bila pintu menghadap ke barat, masalah yang dihadapi adalah masuknya sinar matahari petang hari, dan menyebabkan suhu dalam rumah naik. Namun masalah itu sebenarnya dapat diselesaikan dengan membuat sekatan atau membahagi ruang. Dengan demikian, sinar matahari petang hari hanya menerangi bahagian rooving room sahaja. Sedang ruang nesting room, tetap remang atau gelap. Pada rekabentuk rumah walit model Medan dimana pintu masuk utama burung berada di atas bangunan yang disebut rumah monyet, maka arah pintu dapat bebas menghadap kemana sahaja. Sebab ruang yang terang hanyalah di ruang rumah monyet tersebut, sedang ruang lain iaitu lantai-lantai di bawahnya relatif gelap. Kerana itu bangunan burung walit yang memanfaatkan rumah toko akan lebih praktikal dengan cara menambah rumah monyet di atap bangunan tersebut. Rumah monyet ini cukup berukuran sekitar 3m x 3m, dengan tinggi sekitar 2m. Tidak perlu dipasang papan sirip tempat ini. Kerana fungsinya hanya untuk akses bagi burung walit masuk ke ruang bawah yang ukuranya lebih luas dan lebih gelap.
No comments:
Post a Comment