Wednesday, January 25, 2012

Berapakah jumlah pintu / lubang masuk burung dan berapa ukuran sebenar pada awal proses pemancingan?

Dalam proses pemancingan, sebaiknya menggunakan satu lubang pintu sahaja. Ini bertujuan agar burung walit fokus kepada satu lubang masuk sahaja. Selain itu, terdapatnya lebih dari satu lubang pintu, dapat meransang burung walit untuk keluar dari pintu yang lain. Apatah lagi apabila jarak antara pintu ini berdekatan, tentu akan menghambat proses adaptasi. Apa yang terlihat, burung walit masuk daripada satu lubang dan segera keluar daripada lubnag yang lain. Apabila ini selalu terjadi, bagaimana mungkin burung walit akan melalui proses adaptasi rumah walit secara baik. Bahkan proses adaptasi ini mungkin tidak akan pernah terjadi.


Mengenai ukuran lubang pintu, semakin lebar ukuran pintu contohnya 1m x 1.5m tentu akan semakin baik. Dalam erti kata lain, burung walit akan lebih berani untuk memasuki rumah walit. Dengan sebab ukuran pintu yang lebar ini, burung walit dapat masuk secara bebas dan bersama-sama. Sedangkan jika ukuran pintu yang sempit, kadang-kadang membuatkan burung walit harus nampak berulang kali masuk, kerana harus menyesuaikan terlebih dahulu dengan ukuran pintu yang relatif sempit itu. Yang lebih penting dalam menentukan ukuran pintu masuk adalah harus disesuaikan dengan keluasan rumah walit. Disebabkan ukuran pintu juga berkaitan lansung dengan pengaturan cahaya yang masuk ke dalam rumah walit. Ukuran pintu yang normal pada awal proses pemancingan, dalam erti tidak terlalu besar juga tidak terlalu sempit, perlu menggunakan ukuran standard iaitu 40 cm x 60 cm.

Dengan ukuran pintu seperti ini, burung tidak terlalu takut untuk mencuba masuk. Burung walit juga dapat masuk 3 hingga 4 ekor sekaligus. Ukuran pintu yang tidak terlalu besar ini juga akan memudahkan dalam pengaturan cahaya dalam rumah burung walit.

No comments:

Post a Comment