Wednesday, January 25, 2012

Saya telah menggunakan suara rakaman selama 4 bulan, dan beberapa ekor burung walit telah keluar masuk dalam rumah burung walit, tetapi mengapa belum

Pertama:
Koloni walit yang telah keluar masuk didalam rumah burung sedang berada di tahap adaptasi. Proses ini kadang kala memakan masa yang lama bahkan sehingga memakan masa setahun. Ini bergantung kepada keadaan psikologi burung walit. Ini bermaksud ada burung walit yang berani dan segera dapat menyesuaikan dengan rumah walit baru. Terdapat juga burung walit yang penakut sehingga proses adaptasinya memerlukan waktu yang agak lama. Kadang-kadang, terjadi pula selama proses adaptasi ini, burung walit yang datang ke dalam rumah burung walit terdiri daripada koloni burung walit yang berbeza-beza.

Contohnya, dalam dua bulan yang pertama terdiri daripada koloni walit dari kumpulan A. Namun desebabkan oleh faktor tertentu, koloni walit ini menunda niatnya untuk membuat sarang di dalam rumah tersebut. Kemudian bulan yang berikutnya disusuli oleh koloni burung walit daripada kumpulan B. Koloni walit dari rumah ini juga merasa kurang sesuai untuk menghuni rumah tersebut. Selanjutnya, berganti koloni walit dari kumpulan C, yang akhirnya setelah melalui proses adaptasi barulah membuat sarang di rumah tersebut. Dari bergantinya kumpulan koloni walit yang datang dan beradaptasi dalam rumah itu, maka masa menunggu bersarangnya walit dalam rumah walit menjadi agak lama.

Kedua:
Koloni walit yang datang ke dalam rumah walit adalah walit yang masih berusia muda yang belum tiba masanya untuk membuat sarang. Walaupun koloni walit muda ini telah menginap di dalam rumah walit, dengan tanda terdapatnya kotoran walit yang menompol di lantai, kerana belum sampai masanya untuk memasuki tempoh membiak, maka burung walit muda ini belum mampu menghasilkan air liur untuk membuat sarang. Atau sebaliknya, iaitu burung walit yang menginap di dalam rumah walit telah tua atau uzur dimana kemampuan menghasilkan air liur sudah habis. Sehingga terjadi terdapat koloni burung walit tua yang hanya menumpang menginap tidur di dalam rumah walit tanpa membuat sarang sambil menunggu ajalnya tiba.

Ketiga:
Disebabkan iklim di dalam rumah walit yang kurang kondusif membuatkan burung walit hanya terus bermain-main keluar masuk dalam rumah walit di siang hari. Sedangkan bila menjelang petang, koloni walit terus pulang ke rumah walit asal. Iklim mikro tersebut iaitu meliputi tingkat suhu dan kelembapan serta intensiti cahaya. Burung walit lebih menyukai ruang yang gelap. Cahaya yang sangat rendah ini indentikal dengan tempat yang tersembunyi. Selama iklim mikro gedung tidak dipenuhi, kemungkinan yang terkadi burung walit hanya keluar-masuk rumah burung tanpa kepastian bersarang di dalamnya.

Keempat:
Kemungkinan yang lain adalah tata ruang dalam rumah walit yang menyulitkan bagi burung walit untuk mengakses masuk ke ruang yang lebih konsusif suhu dan kelembapanya. Ini biasanya terjadi pada rumah walit yang bertingkat 2, tingkat 3 atau tingkat 4, dimana akses bururng walit untuk turun ke lantai bawah sangat sulit melalui lubang void. Lubang naik turun antara lantai ini terlalu sempit ukuranya (misalnya 1m x 1m) atau posisi void yang sulit, membuatkan burung walit hanya berputar-putar di lantai atas atau di roving room dan sulit untuk dapat masuk ke nesting room.


Kelima:
Diperlukan pula disebabkan jenis suara daripada suara rakaman yang diputar iaitu suara panggil sahaja. Disebabkan itu, adalah wajar apabila burung walit hanya datang dan kemudian pergi lagi. Untuk meransang agar burung walit mahu menginap dan segera membuat sarang, biasanya menggunakan jenus suara lain yang disebut suara inap. Selain daripada faktor jenis suara, jam pemutaran suara walit juga sangat penting untuk diperhatikan. Mainkanlah suara rakaman tersebut sekitar pukul 20:00 malam sehingga burung walit akhirnya menginap dalam rumah walit.

No comments:

Post a Comment