Wednesday, January 25, 2012

Saya memiliki beberapa suara rakaman burung walit yang berlainan. Pada proses awal pemancingan, suara rakaman jenis macamanakah yang sebaiknya saya gu

Pertamanya, apa yang paling penting adalah kualiti rakaman suara burung walit. Suara rakaman yang berkualiti dengan penggunaan tweeter yang tepat akan memancarkan gelombang bunyi yang mirip dengan suara asli burung walit. Hal ini berkaitan lansung dengan kekuatan daya panggil. Semakin bersih suara rakaman semakin bagus tindakbalas daripada burung walit. Setelah yakin bahawa kualiti suara rakaman adalah bagus, maka teknik penggunaan suara rakaman walit harus melihat kepada situasi dan keaadaan. Penjelasanya adalah seperti berikut:

Suara Rakaman Panggil
Mengandungi suara rakaman burung walit yang sedang memasuki masa kahwin. Masa kahwin ini berlansung pada musim berkembang biak. Burung walit yang melakukan perkahwinan, terdiri daripada burung walit muda mahupun burung walit dewasa. Suara burung walit berahi memang memberikan tindakbalas positif oleh pasangan burung walit. Lazimnya suara rakaman ini dipanggil suara panggil. Apabila suara rakaman ini dimainkan, maka akan kelihatan beberapa ekor burung walit segera mendekati dan menempel di sekitar tweeter.

Terdapat dua analisa daripada perilaku burung walit jantan ini, iaitu jantan menyangka bahawa tweeter adalah walit jantan lain yang menjadi persainganya yang menentang dan berkelahi. Analisa keduanya adalah, perilaku burung walit betina yang kelihatan, iaitu menempel di papan sirip yang tidak jauh daripada tweeter tersebut. Kedua sayap burung walit betina akan kelihatan bergerak-gerak sambil ekornya diangkat ke atas. Perilaku ini menggambarkan sebagai respon positif burung walit betina yang bersedia untuk di ajak berkahwin. Fenomena ini datangnya daripada burung walit kerana bunyi suara rakaman ini berlansung beberapa minggu bahkan beberapa bulan. Burung walit selalu datang apabila bunyi suara rakaman itu dimainkan, baik pagi mahupun petang hari. Namun menjelang petang hari, koloni burung walit ini akan pulang kembali ke rumah asal. Supaya koloni burung walit menetap dan segera menginap, maka langkah seterusnya adalah dengan memutarkan suara inap.

Suara Inap:

Suara ini berisi rakaman suara populasi burung walit dengan suara latar anak burung walit dan suara ibu walit yang sedang menyuap anaknya. Penggunaan suara ini bertujuan untuk meransang tumbuhnya naluri sebagai ibu sehingga pasangan walit tersebut segera membuat sarang untuk mengawan. Langkah untuk mempercepatkan pasangan walit agar segera menginap di dalam rumah burung walit tersebut juga dapat dibantu dengan tersedianya sarang-sarang palsu yang dipasang di sekitar tweeter. Dengan demikian, pasanagn burung walit tidak perlu membangun sarang dari awal, namun dapat segera menggunakan sarang palsu tersebut dan hanya menampalkan air liurnya pada bahagian bibir sarang palsu itu.

No comments:

Post a Comment